Rabu, 29 Julai 2009

Motivasi Modal Insan


1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa. InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak sepanjang tidur, otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha ke arah itu (ada semangat) di keesokan harinya.

3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan vitamin C dari buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi adalah hampir hilang zatnya.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua seterusnya boleh minum terus sebab air liur mempunyai enzim yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut yang seterusnya akan dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib, sebab bagi yang sedang belajar (atau anak-anak), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang faham dan dapat mengingat lebih kurang 2 jam selepas makan, maka jika makan pada 8:30pm, lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tidak banyak yang boleh dipelajari berbanding jika makan pada pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam pada masa ini). Juga, kita tidak digalakkan tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindar dari mendirikan sembahyang malam).

Tiada ulasan: