Isnin, 17 Ogos 2009

Rakan-rakan Lamaku MPMK

Petang-petang begini, hujan di luar rumah masih lagi berbunyi - terlintas di ruang benakku wajah-wajah rakan sepelatih ketika di sana dua puluh tahun lalu. Wajah dewan MPMK dan kantinnya terus berligar di ruang benak ini. Lagu Pendidikan untuk Masyarakat masih terngiang. Terasa macam baru semalam berpisah. Lalu aku bercerita dengan anakku tentang kehebatan MPMK dan warganya ketika aku di sana dan ketika ibu di sana. Buat rakanku, bila lagi kita akan bersama berkongsi cerita suka duka ini...terima kasih buat rakan yang ada di Terengganu dan Kelantan...kita semakin jauh meninggalkan pengalaman manis ini, marilah kita satukan pengalaman ini untuk warisn anak kita nanti.

NUKILAN DAN LUAHAN HATI RAMLI BIN YAHYA

TERIMA KASIH RAMLI....................

Tiada ulasan: