Khamis, 27 Ogos 2009

MEMBUKA PINTU REZEKI

Salam, for sharing.....


"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...... Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.....insyallah, - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha).....Mari kita cuba. Allahhuakhbar...

Insya Allah

Allahu Akbar !
AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR, AL-MALIK , AL -RAHMAN, AL-RAHIM

Khamis, 20 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA


Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183) Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Isnin, 17 Ogos 2009

Rakan-rakan Lamaku MPMK

Petang-petang begini, hujan di luar rumah masih lagi berbunyi - terlintas di ruang benakku wajah-wajah rakan sepelatih ketika di sana dua puluh tahun lalu. Wajah dewan MPMK dan kantinnya terus berligar di ruang benak ini. Lagu Pendidikan untuk Masyarakat masih terngiang. Terasa macam baru semalam berpisah. Lalu aku bercerita dengan anakku tentang kehebatan MPMK dan warganya ketika aku di sana dan ketika ibu di sana. Buat rakanku, bila lagi kita akan bersama berkongsi cerita suka duka ini...terima kasih buat rakan yang ada di Terengganu dan Kelantan...kita semakin jauh meninggalkan pengalaman manis ini, marilah kita satukan pengalaman ini untuk warisn anak kita nanti.

NUKILAN DAN LUAHAN HATI RAMLI BIN YAHYA

TERIMA KASIH RAMLI....................