Selasa, 14 Julai 2009

Bila Kepala Dan Leher Tak Sehaluan…


Cuba saudara dan saudari toleh ke kanan.. Cuba saudara dan saudari raba leher saudara/i.. Sekarang, cuba toleh pula ke kiri.. Cuba raba lagi leher saudara/i..
Apa yang boleh saudara/i rasa di leher saudara/i sewaktu kepala saudara/i toleh ke kiri dan kanan tadi?
Ya, tidak syak lagi! Hehehee.. Macam iklah sabun pulak.. Bila kita toleh ke kanan atau ke kiri, secara automatik leher juga akan mengikut ke arah tersebut.
Nah, sekarang cuba saudara/i toleh kepala ke kanan tetapi leher menghala ke kiri.. Apa pula rasanya?
Saya dah cuba.. Memang rasa leher dan kepala macam nak terputus… Sakit, pedih, dan pelbagai rasa.. Bukan setakat tiga rasa macam ikan kerapu jer.. Huhu.. Nak merapu ke saya ni?
Tidak, tidak.. Sebenarnya saya sedang membayangkan organisasi. Tak kiralah organisasi tempat kerja, keluarga mahupun organisasi sosial.
Kepala adalah organ paling penting yang akan menentukan ke mana hala tuju organisasinya. Dalam erti kata lain, kejayaan dan kegagalan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada kepala tersebut. Tak kiralah, mungkin bagi keluarga, kepalanya adalah suami, bapa. Kalau di tempat kerja, dah tentu aje kepalanya adalah managing director, CEO, Ketua Jabatan. Kalau peringkat negara pula, dah tentulah kepalanya Perdana Menteri.
Leher pula adalah organ yang menghubungkan badan dan ekor dengan kepala. Paling penting, leher mestilah bertindak mengikut arah kepala tak kira ke manapun kepala tuh menoleh. Tidak boleh tidak, leher mesti patuh dengan kepala. Kalau keluarga, leher ni biasanya isteri, ibu. Manakala di tempat kerja leher ni dah tentulah intermediate management seperti pengurus. Kalau peringkat negara pula, leher ni adalah TPM dan juga menteri2 lainnya.
Kalau leher tidak mahu ikut kepala, atau kepala tidak mengendahkan leher, alahai haru birulah jadinya badan dan ekor. Tak tahu nak ikut yang mana. Ke kanan ke atau ke kiri ke? Kalau ikut kepala, nanti leher terbelit, kalau ikut leher nanti kepala pula putus.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Aduhyaii!! Bila kepala dan leher tak sehaluan, maka, ikutlah kepala anda, jangan ikut kepala orang lain..hehe.

dpd : ROSSAM OTHAMAN psr/pm 87-89